Akibat dari kejadian Tanah runtuh Batang Kali 2022

Misi mencari dan menyelamat

Panggilan kecemasan pertama berkaitan tanah runtuh dilaporkan pada jam 2:42 pagi, dengan anggota mencari dan menyelamat tiba di lokasi kejadian pada jam 3:04 pagi.[16] Responden pertama melaporkan bahawa tapak bencana awal menjadi huru-hara, dengan mangsa yang terselamat memberi isyarat kepada penyelamat dengan lampu suluh.[17] Hampir 400 pekerja SAR daripada 15 agensi kerajaan telah dikerahkan untuk usaha menyelamat.[18][19] Enam anjing pengesan pada mulanya digunakan untuk operasi SAR.[20] Pasukan SAR kemudiannya diperluaskan kepada lebih 700 pekerja penyelamat, lapan jengkaut, dan sebelas unit anjing polis.[21][22]

Disebabkan oleh keparahan kemusnahan di Hilltop dan Farmview, pasukan SAR pada mulanya meletakkan tumpuan mereka pada kedua-dua sektor,[23] di mana 231 pekerja penyelamat telah dihantar untuk mengesan mangsa yang terperangkap.[24] Bantuan tambahan telah disediakan oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).[25]

Operasi SAR dihentikan selepas tengah malam berikutan keadaan cuaca.[26] Ia disambung semula pada 7:30 pagi keesokan harinya dengan kehadiran 150 pekerja penyelamat. Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mengumumkan telah mengalihkan tumpuan ke arah Farmview dan Riverside, apabila mayat mangsa terbaharu ditemui pada saat penemuan antara kedua-dua sektor.[27] Mereka juga melaporkan bahawa keadaan tanah berlumpur dan aliran air yang berterusan di tapak telah menyukarkan usaha menyelamat,[28] dengan cerun 45 darjah dan lapisan tebal serpihan tanah runtuh setinggi 6.1 hingga 9.1 m (20 hingga 30 kaki) menimbulkan risiko gelinciran selanjutnya.[27]

Pada 17 Disember, Pengarah JBPM Selangor, Norizam Khamis berkata, peluang hidup untuk mangsa yang hilang adalah tipis. Beliau menyatakan bahawa mangsa terselamat mungkin ditemui jika mereka terperangkap berhampiran pokok yang tercabut atau batu besar yang memberi ruang untuk bernafas. Beliau juga melaporkan akan berbincang dengan polis lanjutan operasi SAR sekiranya mangsa yang masih tinggal tidak dapat ditemui selepas seminggu.[29] Operasi itu melibatkan penyingkiran lapisan tanah dan serpihan setebal 3–4 kaki (0.91–1.22 m) dengan jengkaut tetapi tiada penemuan baharu.[22]

Pada 19 Disember, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata seramai 125 orang terlibat dalam operasi SAR hari itu, dengan bantuan sebelas mesin jengkaut dan sembilan anjing pengesan.[30] Pasukan penyapu kemudian dihantar untuk mencari kawasan sekitar lokasi bencana selepas pasukan SAR gagal mengesan baki sembilan mangsa yang hilang.[31] Pada waktu malam, radar penembusan tanah daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) mengesan objek asing di lima lokasi berasingan, menyebabkan operasi SAR mengalihkan tumpuan mereka ke lima lokasi..[32]

Susulan penemuan mayat ke-26 pada 21 Disember, JBPM Selangor mengumumkan akan menamatkan operasi SAR di Farmview.[33]

Maklum balas kerajaan

Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap tanah runtuh tambahan, Polis Diraja Malaysia di Hulu Selangor mengarahkan penggantungan serta-merta semua aktiviti rekreasi luar di sekitar Batang Kali sehingga diberitahu kelak.[34][35] Peraturan ini diperluaskan ke semua tapak perkhemahan yang terletak di sekitar "kawasan berisiko tinggi" di seluruh negara selama tujuh hari, bermula dari hari bencana.[36]

Lawatan rasmi telah dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Hajah Aiman Athirah Sabu pada jam 12.35 tengah hari, diiringi beberapa pegawai dan kaunselor, bagi memastikan mangsa yang terselamat mendapat bekalan keperluan yang mencukupi, Beberapa mangsa yang terselamat turut mengalami trauma akibat kebimbangan terhadap mereka yang kehilangan ahli keluarga.[37]

Dalam pada itu, Menteri KPKT Tuan Nga Kor Ming Mengesahkan tapak perkhemahan itu didapati beroperasi tanpa lesen selaku tapak perkhemahan di kawasan berisiko tinggi, dan menyalahi Akta 133 Akta Parit dan Bangunan sejak tahun 2020, dan di sebaliknya, hanya disahkan diperuntukkan bagi pertanian organik.[38] Berdasarkan siasatan awal, dapatan geologi mendapati dua aliran air bawah tanah di tapak kejadian.[39] Aliran air ini menyebabkan kaki cerun menjadi lemah lalu menyebabkan keruntuhan.[40]

Menteri komunikasi dan digital, Fahmi Fadzil, mengumumkan perdana menteri, Anwar Ibrahim, dan beberapa menteri berhasrat untuk melawat tapak perkhemahan,[41] sambil mengingatkan kakitangan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) untuk mengesahkan dan menyebarkan maklumat atau berita sahih tanah runtuh kepada orang ramai.[42]

Mangsa

Kematian mengikut asal negeri
NegeriKorban
Kuala Lumpur12[lower-alpha 1]
Selangor9[lower-alpha 2]
Melaka1
Tak diketahui2
Jumlah31
Hilang0

Setakat petang 24 Disember, dalam kalangan 92 mangsa, paling kurang 31 orang telah disahkan maut, dengan semua mangsa sudah ditemui.[45] Dalam kalangan mangsa, tiga orang yang diselamatkan ialah warga Singapura.[46] Memandangkan golongan bayi (usia kurang empat tahun) tidak perlu berdaftar kepada pihak Father's Organic Farm, angka mangsa mungkin kurang tepat.[47]

Satu kumpulan mangsa ketara ialah kira-kira lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong dari Kuala Lumpur, termasuk ahli keluarga mereka yang berkelah sempena cuti persekolahan; perkelahan itu bukan perkelahan rasmi dari pihak sekolah.[48] Setakat 18 Disember, 12 orang warga sekolah tersebut disahkan terkorban.[43]. Pada 22 Disember 2022, Ketua Polis Selangor Datuk arjunaidi mohamed, mengumumkan bilangan mangsa penyertaan yang sebenar adalah 92 orang dan bukan 94 orang. manakala mangsa selamat dijumpai 61 orang.

Rujukan

WikiPedia: Tanah runtuh Batang Kali 2022 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Tanah... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/video-malaysia/tanah-ru... https://www.bernama.com/bm/am/news_bencana.php?id=... https://www.bernama.com/en/general/news_disaster.p... https://www.bernama.com/en/general/news_disaster.p... https://www.bernama.com/en/news.php?id=2148341